Colombo – Galle – Ella – Hatton – Dambulla – Pinnawala – Negombo

Sebab tak ramai yang berkongsi tentang Sri Lanka jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi sedikit keindahan Sri Lanka.

1. Mudah untuk backpack kat Sri Lanka sebab pengangkutan awam (bas, keretapi, tuktuk) ada hampir semua kawasan. Paling jimat dan cepat naik bas, tapi ikut lah sanggup atau tidak.

2. Makanan halal tak susah nak cari, sebab Sri Lanka pun ada orang Islam cuma tak ramai. Rasa makanan dia pun sesuai dengan “tekak” kita orang Malaysia, lagi-lagi yang suka Indian food dan makanan pedas! Yang penting bersih.

3. Sri Lanka bersih! Cuma bandar besar macam Colombo/Kandy tu kotor dan berhabuk sikit. Tapi selebihnya bersih. Susah nak jumpa sampah.

4. Pantai, bukit/gunung, air terjun Sri Lanka pun cantik belaka! Tak tahu nak gambarkan macam mana, yang ni kena rujuk gambar.

5. Orang Sri Lanka sangat peramah, baik dan suka menolong. They speak quite good English too!

6. Orang kata Sri Lanka ni ‘light version of India‘. Sebab suasana dia hampir sama, tapi scam yang kita banyak baca tentang India dan sebagainya tak ada di Sri Lanka (mungkin ada tapi tak seteruk di India).

Gambar diambil menggunakan Sony A6000 & Honor 10.

Sekian, semoga bermanfaat 🙂

________
Nota Editor;
Artikel asal oleh Hamiza Hamidon boleh diperolehi di laman FB BBM. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh kunjungi blog atau instagram beliau.